Sunday, December 30, 2012

suka.

Tersenyum lebar aku melihat post di twitternya. Patutlah diam tanpa khabar berita, rupanya ada masalah dengan telefonnya. Tanpa melengahkan masa lagi, aku terus mumbuka link ke blognya. Oh! Nampaknya ia ditujukan kepada ku. :) Terima kasih daun keladi. Minta maaf buat kamu susah hati~ Hati berbunga-bunga riang. 'Mungkinkah kami berjumpa dalam masa terdekat ini?', hati kecil ku berbicara.

#6

"Pergi keluar ni mak, nak cari makan", ujar Meon kepada mak nya yang bertanyakan khabar.

Tersenyum simpul Meon setelah meletakkan telefon. Dia sudah tiba di hadapan rumah mak nya. Bersedia untuk memberi salam dan mencari makan di sana.

#5

Krekk krekk krekk.. Sunyi.. Sepi.. Mana hilangnya gelak tawa riang mereka? Sedang elok mereka riang gembira, tiba saja aku di sana, mereka terus membisu. Apakah salahku?

Saturday, December 29, 2012

#3

Dan pada hari ini, tarikh ini. Pada waktu dan ketika ini, janji hanya tinggal janji di antara mereka. Segala yang diimpi-impikan, hancur dan musnah dalam sekelip mata bagai Tsunami yang melanda Jepun suatu ketika dahulu. Tetapi tidak mengapa, kerana hidup sebenarnya baru bermula. Seperti kain kotor yang direndam chlorox. #eh #lulz

#2

Setelah sekian lama kau mempergunakan daku. Inikah balasannya? Sudahlah aku dipergunakan sebaik-baiknya oleh mu! Ku berikan kau pertolongan, sokongan, bantuan! Kau robek hati ku dengan perbuatan mu itu! Tidakkah kau serik dengan segala yang berlaku? Tidakkah ada sekelumit pun rasa bersalah di hati busuk mu itu? Kau ambil segala-galanya dari ku! Ini pulangan mu? Makian! Cacian! Kau hamburkan kemarahan kepadaku? Apa lagi yang kau mahu?

#1

Dan dia terus menulis dan menulis. Dan dia merasakan apa yang ditulisnya itu semua benar. Betul. Tiada kesalahan atau kesilapan. Diluahkan segala-gala yang terbuku dihati. Sesungguhnya dia tidak sedar. Apa yang ditulisnya itu melukai hati yang disayangi. Bagaimanakah caranya supaya dia mampu membaikpulih segalanya?

Ketibaan Puteri

"Jangan keluar suara! Teran pada perut bukan pada mulut! Rambutnya sudah kelihatan! Teruskan meneran!", ujar misi kepada nya. First Timer lah katakan. Apa pun dia tidak tahu.

Lalu, dengan semua kuderat yang ada padanya, di teran sekuat hati! Dan, pada 13 Mei 2012 jam 9.39 pagi, lahirlah si Puteri. :)


sebelum kejadian. Jam 5 pagi.
3.3kg. Alhamdulillah. Sehat!